Jumaat, 23 September 2011

.:: Seindah Rasa Itu ::.

Bermulanya pengembaraan kehidupan bagi semester pertama tahun 2011/ 2012.
 Semester ini  merupakan tahun akhir bagi aku.
Pelbagai rasa dan gelodak di dalam jiwa apabila memikirkan tentang kenyataan bahawa aku dan rakan-rakan seperjuangan aku akan berpisah pada  tahun 2012 nanti.
Namun aku tetap gigihkan hati ini. 
Aku tahu bahawa aku mesti kuat dan tabah untuk menghadapi cabaran dan liku-liku kehidupan selepas ini.  

Hari Khamis,bertarikh 22 September 2011 merupakan hari yang tidak akan pernah aku lupakan selama hayat dikandung badan.
Hari bermulanya Pesta Konvokesyen ke- 39 di Universiti Kebangsaan Malaysia yang tersergam indah,juga merupakan hari kelahiran aku didunia ini dan juga hari pertama aku menjejakkan kaki aku ke dalam kelas Penulisan Kreatif.
Dr. Mawar merupakan pensyarah bagi kursus elektif yang aku ambil pada kali ini. Beliau merupakan seorang yang tenang dan aku teramat mengaguminya dalam bidang penulisan kerana aku amat sukakan bidang penulisan.
Aku berharap pada suatu hari nanti, aku akan berjaya menjadi seorang penulis novel yang dikenali.

Selesai sahaja kelas pertama pada hari ini, kami merancang untuk pergi ke pesta konvokesyen tersebut.
Berbekalkan rasa teruja didalam hati, kami mengorak langkah menuju ke destinasi tujuan.
Sesampai sahaja kami di tempat yang dituju,perut aku dan kawan-kawan mula mengalunkan lagu dondang sayang dengan rancaknya meminta untuk diisi.
Menu pilihan aku pada malam itu adalah Char Kuey Teow.
Aku dan rakan-rakan sangat gemar makan. Kami sanggup berjalan jauh semata-mata untuk memenuhi permintaan hati.
 Kami akan merasa sangat puas apabila perkara yang dihajati dipenuhi.

* Char Kuey Teow


* Ayam Gunting

2 ulasan:

Mawar berkata...

Nadiya,
tahniah sudah ada blog. terima kasih kerana memilih kursus saya. boleh tambah entri yang lain!

nadya e-man berkata...

isnyaALLAH saya akan cuba yang terbaik untuk kursus ini.