Rabu, 14 Disember 2011

Teman

Apakah makna sebenar teman?
Adakah dia iman yang setia?
Atau insan yang hanya berpura-pura?

Aku bingung memikirkannya
Aku ingin tahu makna sebenar
teman.

Kekadang insan yang hipokrit
Digelar teman
Adakah gelaran teman untuk
semua?
Atau hanya untuk si jujur?
Atau untuk si hipokrit?

Termenung aku memikirkannya
Aku berharap suatu hari nanti
Ada insan yang akan menjawab
Segala persoalanku ini...

Buatmu Yang Bergelar Sahabat

Dulu,
Segala duka dikongsi bersama
Segala masalah bagai dibahagi dua
Segala tawa menjadi penawar duka
Segala persoalan selesai bersama.

Kini...
Tidak semua duka milik bersama
Tidak semua masalah dibahagi dua
Bukan setiap tawa penawar duka
Bukan segala duka dikongsi bersama
Dirimu mula berubah
Sesekali kita ketawa bersama
Bagai rekaan.

Sahabat...
Andai dapat kau selami dasar hatiku ini
Bukan harta bergunung aku impikan
Bukan dunia menjadi idaman
Cukuplah hanya sekelumit
Keikhlasan dan kejujuran.